Isu Azan yg menjadi penyebab penangkapan YB Teresa Kok melalui ISA sebenar TIDAK WUJUD dan merupakan PEMBOHONGAN oleh golongan munafik ameno. Fitnah dilakukan dlm bulan yg mulia ini , apakah lupa mereka pada Allah ? Apakah sudah kafir mereka kerana gilakan kuasa dan wang ringgit ?
1. TIADA petisyen yg meminta Azan tidak dilaungkan , tapi hanya meminta supaya diperlahankan suara speaker ketika ceramah dan kuliah Subuh dan Maghrib. Diulangi , ketika kuliah sahaja dan diminta diperlahankan sedikit tapi masih dapat didengari didlm masjid dan TIADA penglibatan YB Teresa dalam memorandum ini. Kebiasaanya laungan azan adalah jauh lebih kuat daripada bacaan surah dan kuliah kerana ianya untuk menyeru umat Islam untuk bersama-sama berjemaah di masjid. Manakala bacaan surah dan kuliah biasanya adalah perlahan kerana hanya untuk didengari oleh jemaah dalam masjid.
2. Azan TIDAK diberhentikan. Ketiadaan laungan azan hanyalah kerana speaker masjid telah rosak dipanah petir , maka azan tidak dapat dilaungkan melalui speaker. Ini telah dijelaskan oleh pihak masjid sendiri.
Sekarang , sudah jernih air yg sengaja dikeruhkan golongan munafik Ameno. Mengapakan ISA tidak dikenakan kpd mereka yg menyebarkan fitnah ini . Dr. Khir Toyo , Blogger Pembela Melayu dan Forum MyKMU seharusnya dipersalahkan dalam kes fitnah ini.
Saturday, September 13, 2008
Isu Azan TIDAK Pernah Wujud
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Write comments