Feeds

Thursday, September 04, 2008

The racist Tun Dr. Mahathir

Posted by   on

1.Artikel berbaur perkauman terbaru dari Dr. Mahathir mengundang pelbagai persoalan, apakah beliau sudah hilang akal dan nyanyok , atau ini strategi beliau utk menghalau Pak Lah dari Putrajaya dengan menimbulkan kekacauan yg mungkin melarat ke ketegangan kaum.

2. Dr. Mahathir menyatakan bahawa pemimpin UMNO yg mengeluarkan kenyataaan racist : "Cina Malaysia hanya menumpang di Malaysia " tidak perlu meminta maaf. Ini kerana Hindraf dan Wee Meng Chee tidak meminta maaf ( satu kenyataan yg PALSU ). Beliau juga mengatakan bahawa tindakan menteri Malaysia meminta maaf kpd kerajaan China berkenaan dengan kes telanjang dan video juga adalah tidak wajar.

3. Dr Mahathir memang sudah nyanyok , Wee Meng Chee telah memohon maaf secara terbuka , bapa beliau juga meminta kemaafan dari rakyat Malaysia am nya dan umat muslim khasnya ,pemimpin tertinggi MCA juga telah menyatakan kekesalan terhadap apa yg berlaku dan meminta agar semua pihak memaafkan saudara wee.
Hindraf pulak hanyalah NGO yg baru berdaftar ; belum meminta maaf dgn kenyataan racist mereka . Namun begitu , wajarkan mereka disamakan dengan pemimpin UMNO bahagian itu ??? Kata-kata yg dilemparkan oleh pemimpin haruslah ditapis setapis-tapis nya , berbanding dengan barua-barua racist yg kita pun tak tau asal usul mereka. Ini kerana peminpin ialah mereka yg dipercayai oleh masyarakat . Jangan samakan manusia dgn anjing racist. Itu tak sama.

4. Tindakan menteri yg terbang ke China utk meminta maaf langsung tak ada kaitan dengan masyarakat cina Malaysia. Lagipun , ini menunjukkan kebodohan dan ketidakgunaan kerajaan Malaysia pimpinan BN/UMNO yg tidak melakukan siasatan/berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. Satu persoalan yg timbul : Apakan kerajaan Malaysia telah meminta maaf terhadap wanita yg malang itu , wanita itu ialah rakyat Malaysia , melayu dan seorang islam . sudahkah menteri meminta maaf terhadap keaiban yg terpaksa beliau hadapi ??

4 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter