Feeds

Wednesday, April 05, 2006

To the shallow minded of A Kadir Jasin

Posted by   on

Some words from me to the shallow minded of A Kadir Jasin. Who is he ? He was the ex-Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. He was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000.

It was veryfunny and very disappointed that a person which such qualification will have such a loser mentality.

my word to him:
"wajarkah pegangan ekuiti dinisbahkan berdasarkan peratusan sesuatu kaum dan bukannya usaha dan perih keringat ? Jika ini disuarakan oleh golongan yang tak berilmu, maka bolehlah diterima bahawa kurangnya ilmu di dada mempengaruhi permikiran di otak. Mempersoalkan nisbah penguasaan ekuiti berdasarkan kaum adalah sesuatu yang menyedihkan.. tambahan pula datangnya dari seseorang yang bernama Kadir Jasin.Adakah saudara kadir jasin mengatakan bahawa perjuangan fahaman komunisme yang memperjuangkan "menegarakan" kesemua ekonomi sesuatu negara dimana rakyat adalah pemilik kesemua sektor ekonomi sebagai satu sistem yang ideal. Tentunya tidak .. dan tentunya bangsa Malaysia keseluruhannya menolak fahaman yang dangkal ini.

Tatkala kita memperjuangan pembinaan jatidiri semangat jiwa sebagai sebuah bangsa Malaysia. Di ungkitkan pula persoalan yang amat tidak relevan ini. Apakah kaum Cina atau India di Malaysia ini bukan warganegara yang melafazkan taat setia dan cinta kepada Malaysia. Tidakkah mereka ini warganegara yang sah sama ada dari segi undang-undang mahupun dari segi rohani. Apakah Lee Chang Wei atau Nicol David atau Alex Yoong bukan sebahagian drpd warga Malaysia. Mengapakah tidak wujud perasaan bangga akan penguasaan ekuiti negara oleh BANGSA MALAYSIA , dan bersyukur bukannya bangsa asing seperti warga Singapura mahupun negara asing lain yang menguasai ekonomi negara Malaysia yang tercinta

Sedarlah wahai sahabatku semua, kita adalah bangsa Malaysia... yang melafazkan taat setia kepada Yg Dipertuan Agong. yang merasa bangga tatkala lagu Negaraku berkumandang semasa kejohanan sukan antarabangsa. Bukankah ini lebih baik daripada menjolok talian silaturrahim antara kaum di Malaysia."

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter