Feeds

Monday, August 28, 2006

KDRM: Buta dan Bisu.. kesiannya

Posted by   on

Kastam diarah 'tutup mulut'28-08-2006 04:15:07 PM
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengarahkan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid dan pegawai-pegawai atasan jabatan itu untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang membabitkan Anggota Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof.
Nor Mohamed berkata beliau dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Izuddin Dali telah berjumpa Abdul Rahman pagi tadi mengenai isu tersebut.
"Dalam pertemuan pagi ini, saya telah meminta Ketua Pengarah KDRM supaya beliau dan pegawai-pegawai KDRM berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan yang membabitkan Datuk Mohd Said Yusof, Anggota Parlimen Jasin.
"Ketua Pengarah KDRM bersetuju bahawa KDRM tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Nor Mohamed berkata beliau juga telah memberitahu Abdul Rahman bahawa, sekiranya perlu, beliau sebagai Menteri Kewangan Kedua, atau Timbalan Menteri Kewangan atau Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan akan menjawab di Parlimen sebarang isu yang dibangkitkan oleh anggota-anggota Parlimen berkaitan KDRM.
Mohd Said telah membangkitkan beberapa kritikan terhadap KDRM sejak dua bulan lepas, termasuk isu penjualan kereta mewah yang dirampas oleh jabatan itu, kepada rakan-rakan pegawainya dengan harga yang murah, dan ini telah mendapat reaksi daripada pihak KDRM.
Pihak KDRM telah menyangkal kenyataan itu, seterusnya mencetuskan "perang mulut melalui media" antara pegawai atasan jabatan itu dengan beberapa anggota Parlimen, termasuk Mohd Said.
Minggu lepas, Pengarah Bahagian Penguatkuasa KDRM Mohamed Adnan Ariffin mendakwa Mohd Said telah mengugutnya dengan menghantar dua pesanan khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui telefon bimbitnya, sementara anggota Parlimen Jasin itu pula mempertahankan tindakannya itu dengan mendakwa beliau menghantar SMS itu dengan tujuan untuk menasihatkan Mohamed Adnan. BERNAMA


heheheh pity the Kastam Diraja Malaysia...
after been asked to tutup sebelah mata.. now tutup mulut pula..
so.... buta dan bisu laa...
Errmm.. do we need to send them to St Nicholas Institute ?

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter